November 18, 2011

DUIT...DO IT!

Posted by miz knowme at Friday, November 18, 2011 0 comments
Haih~nampaknya dah tak ada jalan lain dah ni..terpaksa minta bantuan daripada yang pakar..masalah kewangan aku semakin menebal ni dan semakin meruncing..duit mengalir bak air sungai..ni bukan setakat air sungai dah ni..ibarat dipukul ombak...mengganas...adoiii...

tapi masalahnya...macam mana nak susun ayat kat mak bapak aku ni..duit buku..duit internet..duit rumah...adoiii..senak-senak...tinggal ngam-ngam ni...malam ni nak tak nak aku kena cakap jugak dengan mak dengan abah ni..sebab semester ni banyak nak pakai buku..buku bukan murah-murah..ni pun dah kira ok da..sebab aku fotostat je..kalau beli yang original mau dekat 70-80 lebih jugak tuh..kalau fotosat dapat la half-price..

ni memang dah tahap mayday-mayday ni...sapa lagi yang boleh aku minta tolong melainkan mak bapak aku...adoii..mereka lagi..kesian mereka...tapi nak buat macam mana..hidup kat sini..memang bermain dengan duit je ni...

tak pe tak pe...malam ni aku kena berusaha jugak mintak pertolongan mereka..hopefully mak dengan abah ok je..

November 17, 2011

...BUKAN SUSAH NAK SUSAH....sabor jelah...

Posted by miz knowme at Thursday, November 17, 2011 0 comments
Hujan lebat kat luar...petir kilat sabung menyabung...seram sejuk je rasa ni..tapi sejuk macam mana sekali pun ..hati aku tetap panas...panas dengan keadaan sekeliling..aku dah mula rasa kesesakannya di awal semester baru ni...sesaknya dada..otak..duit..adoiii~segala bagai lah..

sesak otak sebab pening memikirkan pasal pelajaran semester ni..aku dah kena fikirkan proposal..tapi satu idea pun tak datang ni..aku masih tak dapat gambaran macam mana nak buat proposal ni nanti...idea langsung tak ada..otak tak boleh nak berfikir sekarang ni..apa la tajuk yang sesuai untuk proposal aku ni yang related dengan majoring marketing ya?hurmm..idea macam ada, tapi aku tak tahu macam mana nak mengolah kepada skop yang lebih kecil supaya orang lain boleh faham...tu satu masalah..lagi satu...bila dah kena buat proposal..aku kena cari supervisor pulak yang nak kena supervise aku nanti..mana nak cari ni lecturer yang sudi...risau-risau...

sesak duit..memang sangat sesak...aku rasa semenjak aku duduk kat serdang ni..dugaan pasal duit ni memang hebat la...masa kat kuantan dulu, aku boleh katakan hidup aku mewah...tak perlu risau sangat pasal duit..sebab simpanan akan ada je..kalau nak mintak dui sekalipun saja-saja je nak menambah koleksi..bukan sebab habis duit...kat sini lain pulak ceritanya...itu, ini semua kena bayar...duit buku la...duit umah la...duit intenet..duit makan..yuran la....duit minyak...walaupun tak ada kereta aku kena consider jugak..walaupun tumpang kereta member je..walaupun dia tak pernah mintak...tapi aku tak sedap la plak...at least aku bayar..yela minyak kereta bukan pakai air....dan macam-macam lagila..yang tak dijangka..masak-masak...nak minta kat mak abah..segan ..walaupun setiap kali aku minta duit diowang tak pernah ak bagi...aku tetap rasa segan..

pokok pangkalnya...aku dah nampak cabaran kat depan mata..Ya Allah..tolongla hamba-Mu ini..semoga hamba-mu ini berjaya mengarungi semester ini dan semester-semester seterusnya dengan jayanya..Amin...

November 13, 2011

SUKA-SUKI KAT SINI...

Posted by miz knowme at Sunday, November 13, 2011 0 comments
Salam semua...hari ni hari ahad..aku tak ada kelas hari ni..so, melepak kan diri jelah keje aku..bosan giler kot..tak taw la nak buat apa..hurmm..nak update blog rasa malas bila dah ada kat serdang ni...bukan apa..broadband ni la..lembap sangat..hilang mood nak update cerita-cerita kat sini..Actually, nak update masa hari first balik kat sini ..tapi tak kesampaian pula...o.k la baik reveal semua cerita yang berlaku kat sini...

Aku nak ucapkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana dikurniakan keputusan yang lulus dan cemerlang..aku tak sangka aku boleh peroleh keputusan macam ni..sebab daripada apa yang aku beri masa semester lepas..tak mencukupi..sampaikan aku merasakan ada paper yang aku akan fail...tapi sebaliknya berlaku..sebaik je dapat taw keputusan aku rasa bersyukur sangat-sangat...Terima kasih Ya Allah... aku berharap semester baru ni aku nak buat yang terbaik lagi..

Cakap nak buat yang TERBAIK memang senang je..tapi nak melaksanakannya tu..susah rasanya..tambah lagi semester ni nampaknya lebih 'tough' lagi daripada semester lepas...semua subjek susah-susah nampak gayenye ni..adoiii~boleh ke aku nak hadapi semua ni?? Insyaallah boleh kalau aku berusaha daripada sekarang..Insyaallah ada jalannya...kata Maher zain..hehe

itu cerita pasal pelajaran..tapi pasal kehidupan? macam-macam jadi la..awal-awal smester lagi dah nampak ada jurang..kenapa la boleh jadi macam ni..aku tak suka la dengan keadaan yang macam ni..kan best macam dulu-dulu..sebab kecil jadi besar...masing-masing tak matang nak selesaikan masalah..sebab tu jadi macam ni..aku tak taw la diorang suka dengan keadaan ni..yang pasti aku tak suka..environment macam lain..why la jadi macam ni...hurmmm...hopefully lepas ni thing can get more better than before...hopefully...



November 7, 2011

SALAM AIDILADHA

Posted by miz knowme at Monday, November 07, 2011 0 comments

Assalamualaikum..."SALAM AIDILADHA" buat semua. walaupun sehari terlewat tak mengapa rasanya kan..suasana raya korban kali ni terasa sangat meriah..macam biasalah kau keluarga semua mengerjakan ibadah korban..so, banyak la daging-daging korban yang diagih-agihkan kepada jiran-jiran. meriah memang meriah..walaupun orang kata hari raya korban tak semeriah hari raya puasa, tapi bagi aku cukup la dengan kehadiran sanak saudara berkumpul..seronoknya..riuh rendah rumah..dengan gelagat anak-anak buah aku..seronoknya rasa..hari ni, sunyi dah rumah..semua kakak-kakak aku dah balik..adoii~sunyinya rasa..sob~sob


Hari ni jugak sepatutnya aku dah kena balik serdang..tiket pun abah dah beli..tapi entah kenapa aku rasa berat giler rasa hati ni nak balik..Tuhan je yang tahu macam mana beratnya rasa..Macam-macam bermain di kotak fikiran aku ni..takut nak balik, takut nak tahu result exam, nak hadap semua stress study..segalannyalah...Takottttt...takot sangat-sangat...di tambah pulak dengan suasana hari raya yang masih terasa...bertambah-tambah malas la aku nak balik..belum bersedia  lagi nak balik..

sejak-sejak aku dah join dengan program executive ni..macam-macam yang aku perlu adaptasikan dalam kehidupan aku..sampaikan aku rasa semua tu membebankan aku..sampai satu tahap..aku tak bleh nak control..aku tertekan sangat..kenap semua ni aku kena hadapi?? semua benda jadi lain..waktu kelas lain, cuti pun dah lain...dulu cuti semester 2 bulan..sekarang jadi 2 minggu...tak puas hatinya cuti macam ni...meronta-ronta rasanya jiwa ragaku ini...sob~sob..time2 macam ni..ramai student da start cuti sem tapi aku..dah nak start sem baru..tak ke pelik tu...sedihnya rasa...

esok aku dah nak balik serdang..takotnya tuhan je yang tahu...risau semua ada la...satu je yang aku harap..semoga aku lulus semua subjek..aku tak kisah la berap-berap pun yang penting aku berharap sangat aku lulus semua subjek..lebih-lebih lagi subjek yang betol-betol kritikal macam OM dengan HR. Ya Allah ya Tuhanku semoga aku dikurniakan kelulusan terhadap semua subjek ..Amin...


kesimpulannya, di hari raya korban ni..inilah pengorbanan yang aku harus berkorban.daripada student biasa kepada student executive..satu pengorbanan yang cukup besar..dan aku nak mulakan langkah satu per satu..aku ingin berubah..berubah kepada yang lebih baik..semester baru ni..aku nak skor..aku nak baiki pointer..aku nak pastikan cgpa aku maintain..mungkin hari  ni aku rasa susah..aku rasa letih..tension..tapi siapa tahu akan datang benda-benda ni semua akan membawa tuah dan kegembiraan dalam hidup ku..aku tak perlu takut nak hadapi masa depan..sebab aku tahu Tuhan sentiasa bersama dengan aku...
 

DEAR KNOWME... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea