December 19, 2012

KENANGAN LALU...

Posted by miz knowme at Wednesday, December 19, 2012 0 comments


hujan yang turun bagaikan mutiara...mutiara ke?hehe...hujung tahun memang musim hujan...dari pagi bawak ke petang...bawak pulak ke malam...hujan memanjang...ermmm..aku pulak masih macam ni...duduk lagi kat rumah kakak aku ni...hehe..pada mulanya malas nak follow dia balik tapi bila fikir balik aku nak beli printer and then nak format laptop...terpaksa la aku ikut balik...hehehe...

hurmmm...aku masih lagi searching for the job...huhuhu..letih fikir..mana lagi nak hantar resume aku yang tak seberapa ni...nak demand2 lebih-lebih memang tak berani la kan...sebab experience memang tak ada...fuhhh~ jenuh jugak kan...bila dah habis belajar ni...


belajar? sebut pasal belajar pulak. betul-betul buat aku sedih...tapi kenapa pulak aku nak sedih kan?..betul la orang kata bila kita tengah belajar kita takkan rasa...tapi once bila kita dah habis belajar...barulah kita akan rasa..betapa sedihnya bila teringat kenangan lalu...kenangan belajar...kenagan dengan kawan-kawan..kenangan dalam kelas, kenangan bila wat kerja nakal dengan kawan-kawan..hahaha..nakal tuuu...hehehe...sampai kena sound dengan pensyarah..hahaha,,betul-betul kenangan..hmmm...masa memang pantas berlalu...aku rindu dengan semua kawan-kawan belajar aku...tak kisah lah...yang buruk ke yang baik...semuanya tetap kawan aku...lebih-lebih lagi aku rindu dengan superb BFF aku...kak lang...aku rindu padamu...hahaha...hanya kamooo yang amat memahami aku kaklang..hanya kamoo yang boleh tangkap kod lawak aku ni...hehe...bila aku berlakon...hanya kamoo yang boleh buat jalan cerita seterusnya...hanya kamoo alang...kalau lah kamoo dengar alang...rindunya kan...saat itu sungguh-sungguh bermakna alang...dan untuk teman-teman yang lain jugak...

                       

November 6, 2012

kerja oh kerja

Posted by miz knowme at Tuesday, November 06, 2012 0 comments
mata tak mengantuk lagi..otak asyik berfikir, bila nak dapat kerja ni? aku stress betul bila tengok member-member aku semua dah bekerja..agak-agak kerja apalah yang aku dapat nanti yek..sebenarnya aku tak kisah sangat dapa kerja apa buat masa sekarang ni..sebabnya, aku taw yang pengalaman sangat penting untuk mencari pekerjaan sekarang ni. so, kalau boleh aku nak je kerja apa-apa dulu untuk dapatkan pengalaman..nak demand lebih-lebih sekarang ni pun aku tak berani. sebabnya pasal pengalaman la..aku tak ada pengalaman...

so, kalau boleh aku nak je kerja apa-apa je dulu..tapi yang halal la.. as long as aku boleh gain experince and then boleh dapat pocket money..then boleh make saome saving utk aku beli kereta dan nak tolong mak dengan abah..tu memang priority aku sekarang ni...nak kerja kat bandar ke.. kat kampung ke..yang penting sekarang ni aku nak sangat beli kereta. walaupun dah 3 tahun tak bawak kereta kan..apa yang penting sekarang ni..aku nak ada kereta..bila dah ada kenderaan sendiri nanti senanglah nak pegi kerja kat mana-mana..sekarang ni yang buat aku terbatas pasal kenderaan la..

Ya Allah, semoga hamba-Mu ini dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya agar dapat membina kerja dan mencapai impian dan cita-cita yang aku idam-idamkan selama ini.. Amin...yang penting aku tak boleh berputus asa...InsyaAllah pasti ada jalannya nanti..


October 22, 2012

LUAHAN HATI..

Posted by miz knowme at Monday, October 22, 2012 0 comments
sebenarnya aku sedih sangat..entahlah. aku tak taw apa yang buat aku rasa macam ni. kenapa ye? aku rasa sunyi..kenangan demi kenagan masuk dalam kotak ingatan aku ni. kadang-kadang aku rasa serabut sangat. aku rasa semua benda tu menyemak je. tapi kenapa setiap kali aku nak lupa.tiap kali tu jugak aku tak boleh nak lari daripada memori tu. kesilapan? oh..no..no..aku tak suka jawapan "kesilapan" tu..bagi aku, cukuplah..cukuplah semua itu berakhir..aku tak mahu ianya berulang..dan tak mungkin akan berulang..kenapa aku begitu keras kepala sekali kali ni? selalunya, hati aku yang macam batu ni boleh cair..secair air batu...mungkin jugak aku dah dapat kekuatan untuk memulakan episod baru dalam hidup aku...huh..entahlah...penat kan, kalau selalu nak bercerita pasal hati dan perasan ni..sebabnya, ianya takkan pernah habis...akan ada je cerita-cerita yang aku tak puas hati...

bila nak buat tak taw je pun tak boleh jugak..yelah umur dah 24..tahun depan dah 25 tahun dah aku..gulpp..25? o.k satu angka yang aku rasa macam dah tua..memang dah tua..oh tidak...aku semakin takut menghadapi hari yang mendatang..macam mana dengan masa depan aku? pekerjaan aku? aset? satu pun tak ada lagi...macam mana nak berbakti dengan mak dengan abah? berumah tangga? tapi siapa calonnya? arghhhhh!!!! semua tu bermain dalam fikiran aku yang hampir lemas ni..lemas dengan persoalan yang sarat ni...jeleznya bila tengok FB member-member lama..semua dah berkeluarga..dah ada anak-anak...oh my God...aku macam mana pulak? mana nak cari bakal suami ni? adoiiiii...satu hal lagi...

bila sebut pasal bakal suami ni...aku jadi degup-degup jantung...yelah...aku terpikir jugak kan...siapalah yang jadi suami aku nanti kan...? handsome ke tak? baik ke tak? boleh terima ke segala kelemahan aku ni? bekerjayakah dia? asal manakah? agak-agak...made in korea dapat tak?...ahahahhaha...berangan menggunung everest pulak kan..<padahal tengah serabut-serabut ni>..tapi semua persoalan tu kalau lah aku dapat jawapan kan...tapi walau apa pun...aku berharap sangat-sangat..semoga dikurniakan seorang suami yang baik akhlaknya..yang boleh membimbing aku dan anak-anak ke jalan yang benar...dan tidak bersikap panas baran...yang paling penting semoga aku dikurniakan seorang bakal suami yang pandai menghormati orang lain...Amin...sesungguhnya hanya tuhan yang tahu segala apa yang direncanakan-Nya...sesungguhnya aku hanya berserah kepada-Mu ya Tuhan...

October 4, 2012

pejam celik..pejam celik...

Posted by miz knowme at Thursday, October 04, 2012 0 comments
pejam celik...pejam celik...aku dah pun berada di akhir semester pengajian. pantas sungguh masa berlalu sampai aku tak menyangka yang aku akan mengakhiri zaman pembelajaran aku. 3 tahun bukn waktu yang singkat. dalam masa 3 tahun ni jugak, macam-macam pengalaman dan macam-macam perkara dah berlaku dalam hidup aku. sungguh apa yang berlaku sebenarnya di luar dugaan kita. akal fikiran kita sendiri pun tak mampu membayangkan apa yang bakal berlaku kelak..

contohnya, macam hidup aku sekarang..aku tak sangka yang aku akan sambung ijazah dengan kawan-kawan lama aku. dan aku tak sangka dari awal proses pendaftaran dulu dah berlaku macam-macam dugaan. sampaikan aku rasa macam ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku..yelah..nak dafar pun susah..aku rasa macam loose hope je time tu.. rasa macam tindakan aku ni salah je...tapi aku & kawan-kawan lain teruskan jugak, demi mendapatkan segulung ijazah...

kini impian kami semakin hampir...cuma ada beberapa langkah je lagi untuk kami teruskan..walau pada hakikatnya di penghujung semester ini banyak dugaan berlaku..tapi jauh di lubuk hati aku ni...aku amat-amat berharap semoga aku dikurniakan dengan kelulusan dan kecemerlangan. dan aku amat berharap sangat dapat kekalkan pointer 3.0 ak ni...takutnye...ak tak nak jatuh...aku nak jugak kekalkan...tolonglah hamba-Mu ini ya Allah....Amin...

begitu juga dengan kawan-kawan aku yang lain...doaku sentiasa mengiringi kalian...semoga kita semua berjaya mengejar cita-cita yang kita impikan..mohon kepada Tuhan yang Esa..semoga dipermudahkan urusan pembelajaran dan pekerjaan kita kelak...sayu hati ini sebenarnya, bila mengenangkan pembelajaran kita akan berakhir..banyak suka duka pahit manis...kita kongsi bersama..

pantasnya masa berlalu kan? kawan-kawan ku sekalian...ingatlah persahabatan ini tidak akan berakhir sampai disini sahaja..kenangan bersama kalian tak kan pernah aku lupakan..hargailah sisa-sisa masa yang ada ni..kerana akan datang hari inilah yang bakal kita rindu-rindukan...

September 13, 2012

ON OFF..ON OFF..

Posted by miz knowme at Thursday, September 13, 2012 0 comments
Kalau citer pasal blog ni..memang asek on off je aku ni...ari ni datang mood rajin pulak nak menggodeh blog ni...dah lupe macam mana nak menggunakan blog ni..macam pelik pulak rasa...banyak nak luahkan dari lubuk hati..tapi macam tak terluah sekarang...tak pelah..malam-malam sikit kalau free nanti aku akan meluahkan perasaan yang terbuku di hati ini...


July 6, 2012

ganti puasa tak sudah..

Posted by miz knowme at Friday, July 06, 2012 0 comments
sedang menantikan saat-saat berbuka puasa...puasa? dah bulan ramadhan ke?haha..nilah padahnye menggantikan puasa di saat-saat akhir cam nikan..x sabarnya la..gulpp..


June 20, 2012

new template

Posted by miz knowme at Wednesday, June 20, 2012 0 comments
so boaringggggggggg!!!!apa pun tak boleh...nak buat apa ni???try tempalate baru dekat blog...macam hape je...huhuhuhu...
Posted by miz knowme at Wednesday, June 20, 2012 0 comments

thesis oh thesis

Posted by miz knowme at Wednesday, June 20, 2012 0 comments
...dah lama benar rasanya tak mengupdate blog...huhu..almaklumlah..kebizian yang melampau menghalang aktiviti..wahhh...bz la sangat kan...sekelip mata je semester ni dah melabuhkan tirainya kan..rasanya macam baru semalam daftar sem baru...selamat bercuti kepada semua kawan--kawan...yang tak bestnya cuti ni..kena menghadap thesis la pulak..hadoiii..apa pun tak boleh...dah lah banyak benda kena buat..tapi satu pun aku tak mula lagi..ditambah lagi dengan kekejaman yang aku dah buat..hahaha..sepatutnya kena mengadap supervisor..api dek kerana ketidakdabaran nak balik maka aku melarikan diri..hahahahaa..masak lah kena tibai sem depan...MINTAK MAAF PUAN...

bila tengok kawan-kawan dah sibuk-sibuk mengupdate thesis dia..aku mula lah risau..tapi risau yang tak berbuat apa-apa tindakan pun..hahahah..malasnya nak mula awal-awal...ermmm..takpelah..esok-esok baru aku update..yang paling penting aku nak kena cari questionaire..tapi nak cari tu pun satu hal..macam mana nak cari pun tak tahulah...



June 17, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi-MOJO

Posted by miz knowme at Sunday, June 17, 2012 0 comments

May 2, 2012

puisi di petang hari

Posted by miz knowme at Wednesday, May 02, 2012 0 comments
memulakan thesis dengan perasaan yang berbelah bagi..idea langsung tak dapat dijana walau satu pun..kebarangkalian untuk aku tidur sangat tinggi..ekoran hujan lebat yang sedang melanda tika ini sungguh berat memanggil-manggil nama ku untuk ke tempat peraduan...sungguh aku tak tipu..mataku berat sekali..mengapa mesti terjadi? tiap kali aku ingin memulakan tugas..ada sahaja gangguan yang melemahkan semangat aku..atau sememangnya aku memang lemah..memang pun..hihi..kepada sahabatku yatie...khusuk benar melihatnya...pinjamkan sedikit semangatmu itu...sesungguhnya aku ingin menyerah sahaja..tapi aku takut..takut..sebab jumaat ni kita akan bertandang ke bilik supervisor kita...tiada hasil yang dapat aku hasilkan..hadoiiiyaiiii

~puisi di petang hari~

May 1, 2012

THESIS oiii...

Posted by miz knowme at Tuesday, May 01, 2012 0 comments
bangun pagi...tuan rumah nak datang tengok rumah dia...bekemas la jawabnya..huhu..nasib baik datang sekejap je..hurmmm...nak buat thesis pulak...malasnya nak buat...becinte betul nak mulekan..cube kalau on9..memang senang je..laju je tangan ni nak bukak yang bukan-bukan tu kan..FB,YOUTUBE,BLOG,JYJ hehehehhe...semua tu laju je..tak yah disuruh...cube suruh bukak thesis ...berjam-jam ambik mase nak bukaknye pun...adoiiiiyaiii~ape pun tak boleh...

0.0

April 27, 2012

Please...respect me!

Posted by miz knowme at Friday, April 27, 2012 0 comments

tension pulak rasa bila fikirkan apa yang berlaku...kenapa lah jadi macam ni ye...tak habis-habis...aku ingat bila buat tak tahu everything akan o.k je..tapi ternyata salah sangkaan aku ni...tak pasal-pasal kan ada pihak yang tak bertanggung jawab tu menghackers aku punye privacy....who are you? lepas tu nak judge aku mcam ni macam tu? hebat sangat ke kau tu? setidak-tidaknya aku dah mula cool.tak nak pikir pape dah...tapi bila aku dapat taw yang kau buat macam ni..aku mintak maaf banyak-banyak...aku tak boleh terima lah...kau sanggup godam privacy aku semata-mata demi kepentingan diri kau! you dont really know me..so back off ok..jangan nak tunjuk pandai nak cakap macam tu macam ni kat aku.cakap kat orang lain..aku taw apa yang aku buat..kau jangan nak pandai-pandai...yakin bebenor dengan pandangan diri sendiri...anggapan kau jelah yang betul...aku ni selalu tipu kau! cakap lah pulak aku ni dah suka kat orang lain...eh lantaklah...aku nak syok kat orang lain ke hape ke? yang kau memandai nak buat cerita cakap aku suka kat orang lain tu kenapa bodoh? aku malu la gileeee!!!! geramnya aku!!!! geram taw tak??????urusan aku biar aku yang uruskan kau tak payah nak sibuk-sibuk...siapa yang aku suka..siapa yang aku nak kawan..biarkan...kau jangan nak masuk campur urusan hidup aku lagi..haih~kenapalah...lagu kat atas ni khas untuk kau...harap kau paham! tak mustahil ko godam blog aku jugak kan...kalau kau baca..tolong paham apa maksud privacy o.k?aku tak pernah nak hacker privacy kau...sebab aku hormatkan kau..walaupun ade niat jugak aku nak taw pasal kau...tapi bagi aku..itu tak sepatutnya berlaku sebab hubungan kita dah putus..so, tak elok rasanya aku nak langgar privacy orang kan...isunya...dah la kau hackers account aku..pastu kau memandai buat cerita cakap macam tu macam ni pasal diri aku kat orang lain...memang sakit lah hati aku kan...please hormat privacy orang lain tu je yang aku mintak..take away your dirty hands...i hate that....whatever it is..thanx for everything that u wish for me..i hope u will doing good now..

April 26, 2012

Love story - Andy Williams with lyrics

Posted by miz knowme at Thursday, April 26, 2012 0 comments

old school ='(

April 23, 2012

Posted by miz knowme at Monday, April 23, 2012 0 comments


tetibe mood nak memiliki handset LG LOLLIPOP..^,^...walaupun sekarang ni semua handset smartphone je kan...tapi handset ni sangat attractive la..ia berjaye menarik minat aku..dengan colourfulnye..LED yang bergermerlapan..wahhh...nak beli..nak beli..beshnye...berapa harganya tak pasti la...yang pasti lebih murah daripada smartphone kan...kawaiiiii~

♥ ♥ Sg. Gabai Waterfall♥ ♥ ~Part 2

Posted by miz knowme at Monday, April 23, 2012 0 comments
continue daripada part 1...just foto-foto je...happy sharing ♥ 

...extremely excited ..haha

1..2..3..action..x leh blah..

wow..apehal la ni..kontroversi...

time ni tgh selak cakap...."sarangheyo oppa"...♥ 

o.k..ok..

yeahhhh....^^

mak..dgn maksu..adik beradik...

bakpe mak sedih sgt ni...hihi ^,^

sejukk..x  nak masuk..

gelongsor air semulejadi...♥ 

cacat..effect sejuk kot...

iklan shampoo..x jadi...











balik dah kite.....


that's it for the whole story in sungai gabai waterfall
thanx kawan-kawan....♥ 
another new exciting experience..
♥ i'm loving it♥ 

April 22, 2012

♥♥GABAI WATERFALL♥♥ ~Part 1

Posted by miz knowme at Sunday, April 22, 2012 0 comments



amazing sunday...wink~wink (^_*)..why? sebab hari ni aku and housemate habiskan masa berendam dalam air kat Sungai Gabai..sangat sejuk ok..thanx kepada mereka-mereka yang dah menyiapkan bekalan..sangat sedap..tapi yang paling best nak story time kitorang nak cari port yang starategik..so, semua decide..nak mendaki tangga..ingat 2 3 anak tangga je kan...semakin naik tangga semakin tegak tangga-tangga tersebut.dah amcam mendaki tangga kat batu cave je..tapi tak samapai-sampai pun...banyak jugak transit sementara nak sampai atas tu..sambil naik tangga sambil membebel...at last sampai jugak..adat la hari minggu mana-mana pun ramai je orang kan...sesampai je kat tempat tersebut..semua breakfast dulu...then, baru berendam..nak berendam pun satu hal..slow motion  nak masuk dalam air..sebab air sungai tu sejukkkkk giler kot...fuh~fuh..(n_n)..tak nak citer panjang...just nak share foto-foto yang berjaya diambil semasa sesi berendam bersama 5 puteri berendam..hahha..nasib tak jadi badak berendam..hehehe...













...Banyak lagi gamabar sebeanrnya..tapi next entry la...
Apa-apa pun memang syokkkk♥ ♥ ♥ 


April 21, 2012

sakittttt...

Posted by miz knowme at Saturday, April 21, 2012 0 comments
grrrrr...bangun tido je.tengok mate dah bengkak..adoii..jap lagi kelas pulak..ni yang malas pegi kelas ni..mate ni bengkak plak..patutla rase sakit je dari semalam...

April 20, 2012

"HAPPY BIRTHDAY KAWAN"

Posted by miz knowme at Friday, April 20, 2012 0 comments


hari ni besday housemate aku...So..sebagai tande aku masak la meggi kari ni untuk die..walaupun..masin kan...hahahah..tapi sungguh bermakne o.k =P tapi tulah...tak de la acare menepung tawar..kalau dulu..memang besh la..mesti ade je kan acare yang dah menjadi kewajipan bile besday muncul..huhuhu...
Ape-ape pun..SELAMAT HARI LAHIR KAWAN..SEMOGE PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..SEMOGA BERJAYA MENGEJAR CITA-CITA DAN CINTA...^,^



April 19, 2012

fallling in love with...JJ

Posted by miz knowme at Thursday, April 19, 2012 0 comments
jatuh cinta pandang pertama..hahahahha..tak leh blah rase..hari ni story sket lah pasal jejake minggu ini..hhihi..Kim Jae Joong..seronok la plak  minat dengan mamat korea ni..encem giler kot..macam mane la aku boleh tak perasan kan...haha..

~extremely cute...tumbuk kang bwu taw...:P

o.k ur lips..awwww...haha

haihhhhhhh~speechless B-)

<3 <3 <3..i'm so melted lah..

sexy..sexy..sexy..

naughty..naughty..love u lah 

speechless tengok gambar die taw...kalau lah dapat bf muke macam ni..sumpah aku simpan dalam almari je tak bagi keluar rumah dah...bimbang-bimbang ade yang nak curi die nanti..kahkah~berangan jelah ..berangan tak sudah...hihih..kalau dapat jumpa die..aku nak cakap kat dia..aku lah gadis yang dicari-cari selama ini...hahahaahhahah...<gelak besar...>
hadoiiiiii...^,^
 

DEAR KNOWME... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea