October 4, 2012

pejam celik..pejam celik...

Posted by miz knowme at Thursday, October 04, 2012 0 comments
pejam celik...pejam celik...aku dah pun berada di akhir semester pengajian. pantas sungguh masa berlalu sampai aku tak menyangka yang aku akan mengakhiri zaman pembelajaran aku. 3 tahun bukn waktu yang singkat. dalam masa 3 tahun ni jugak, macam-macam pengalaman dan macam-macam perkara dah berlaku dalam hidup aku. sungguh apa yang berlaku sebenarnya di luar dugaan kita. akal fikiran kita sendiri pun tak mampu membayangkan apa yang bakal berlaku kelak..

contohnya, macam hidup aku sekarang..aku tak sangka yang aku akan sambung ijazah dengan kawan-kawan lama aku. dan aku tak sangka dari awal proses pendaftaran dulu dah berlaku macam-macam dugaan. sampaikan aku rasa macam ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku..yelah..nak dafar pun susah..aku rasa macam loose hope je time tu.. rasa macam tindakan aku ni salah je...tapi aku & kawan-kawan lain teruskan jugak, demi mendapatkan segulung ijazah...

kini impian kami semakin hampir...cuma ada beberapa langkah je lagi untuk kami teruskan..walau pada hakikatnya di penghujung semester ini banyak dugaan berlaku..tapi jauh di lubuk hati aku ni...aku amat-amat berharap semoga aku dikurniakan dengan kelulusan dan kecemerlangan. dan aku amat berharap sangat dapat kekalkan pointer 3.0 ak ni...takutnye...ak tak nak jatuh...aku nak jugak kekalkan...tolonglah hamba-Mu ini ya Allah....Amin...

begitu juga dengan kawan-kawan aku yang lain...doaku sentiasa mengiringi kalian...semoga kita semua berjaya mengejar cita-cita yang kita impikan..mohon kepada Tuhan yang Esa..semoga dipermudahkan urusan pembelajaran dan pekerjaan kita kelak...sayu hati ini sebenarnya, bila mengenangkan pembelajaran kita akan berakhir..banyak suka duka pahit manis...kita kongsi bersama..

pantasnya masa berlalu kan? kawan-kawan ku sekalian...ingatlah persahabatan ini tidak akan berakhir sampai disini sahaja..kenangan bersama kalian tak kan pernah aku lupakan..hargailah sisa-sisa masa yang ada ni..kerana akan datang hari inilah yang bakal kita rindu-rindukan...

September 13, 2012

ON OFF..ON OFF..

Posted by miz knowme at Thursday, September 13, 2012 0 comments
Kalau citer pasal blog ni..memang asek on off je aku ni...ari ni datang mood rajin pulak nak menggodeh blog ni...dah lupe macam mana nak menggunakan blog ni..macam pelik pulak rasa...banyak nak luahkan dari lubuk hati..tapi macam tak terluah sekarang...tak pelah..malam-malam sikit kalau free nanti aku akan meluahkan perasaan yang terbuku di hati ini...


July 6, 2012

ganti puasa tak sudah..

Posted by miz knowme at Friday, July 06, 2012 0 comments
sedang menantikan saat-saat berbuka puasa...puasa? dah bulan ramadhan ke?haha..nilah padahnye menggantikan puasa di saat-saat akhir cam nikan..x sabarnya la..gulpp..


June 20, 2012

new template

Posted by miz knowme at Wednesday, June 20, 2012 0 comments
so boaringggggggggg!!!!apa pun tak boleh...nak buat apa ni???try tempalate baru dekat blog...macam hape je...huhuhuhu...
Posted by miz knowme at Wednesday, June 20, 2012 0 comments

thesis oh thesis

Posted by miz knowme at Wednesday, June 20, 2012 0 comments
...dah lama benar rasanya tak mengupdate blog...huhu..almaklumlah..kebizian yang melampau menghalang aktiviti..wahhh...bz la sangat kan...sekelip mata je semester ni dah melabuhkan tirainya kan..rasanya macam baru semalam daftar sem baru...selamat bercuti kepada semua kawan--kawan...yang tak bestnya cuti ni..kena menghadap thesis la pulak..hadoiii..apa pun tak boleh...dah lah banyak benda kena buat..tapi satu pun aku tak mula lagi..ditambah lagi dengan kekejaman yang aku dah buat..hahaha..sepatutnya kena mengadap supervisor..api dek kerana ketidakdabaran nak balik maka aku melarikan diri..hahahahaa..masak lah kena tibai sem depan...MINTAK MAAF PUAN...

bila tengok kawan-kawan dah sibuk-sibuk mengupdate thesis dia..aku mula lah risau..tapi risau yang tak berbuat apa-apa tindakan pun..hahahah..malasnya nak mula awal-awal...ermmm..takpelah..esok-esok baru aku update..yang paling penting aku nak kena cari questionaire..tapi nak cari tu pun satu hal..macam mana nak cari pun tak tahulah...



June 17, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi-MOJO

Posted by miz knowme at Sunday, June 17, 2012 0 comments
 

DEAR KNOWME... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea