January 25, 2013

harapan...

Posted by miz knowme at Friday, January 25, 2013 0 comments
salam jumaat...
     
       fuhhh..sibuk dok membelek jawatan kosong..tak tahu la  ada harapan ke tak ada..sedang berusaha sebaik mungkin nak mendapatkan rezeki..wuhuuu..ayat dramatik habis..apa sahaja yang ada aku cuba. macam seronok je bila belek-belek ada jawatan kosong yang sesuai..masalahnya..dapat ke tidak? layak kah? experience...duhhh~ blur sekejap. memang exactly la kan tak ada experience...thaht is why la kena terima seadanya kan...

      Dear God..
       please give new hope and get better life in my future... really..really hope...^^

January 15, 2013

Posted by miz knowme at Tuesday, January 15, 2013 0 comments
blurpppp..Alhamdullilah baru lepas dinner at kemaman kopitiam..kenyang sampai sakit perut. lepas je makan tadi buat aku terpikir nak kerja kat starmall tu buat sementara waktu ni. ermm..betul jugakkan..daripada aku duduk saja je..lebih baik aku test kerja kat kat situ..walaupun orang kata cikai-cikai je..at least aku dapat jugak income. nak tunggu dapat kerja yang peroper memang mimpi sampai ke bintang la jawabnya.

at least kalau aku dah kerja kat mall tu dapat jugak pengalaman baru, income of course la and maybe kenalan baru..boaring la kalau duduk rumah tak buat apa-apa. duit pun tak ada..kalau masa study dulu dapat  la jugak duit sara diri mara bagi kan...hadoiiiii..hutang mara belambak...gulp! sebut pasal hutang buat aku cuak la..baru je abis belajar dah bergelumang dengan hutang.hutang oh hutang...dimanakan a=ku cai duit nak bayar hutang...sabar jelah...

so, lepas ni aku dah bersiap sedia nak lancarkan strategi

January 14, 2013

WHAT SHOULD I DO?

Posted by miz knowme at Monday, January 14, 2013 0 comments



what should i do now?. boaringnya lahai..satu kerja pun tak dapat lagi..my friends semuanya dah bekerjaya. sekarang ni..tinggal aku sorang je yang tengah terkontang-kanting. hmmmm~apalah nasib aku ni. bila masa la aku nak dapat bina kerjaya aku ni agaknya? risau pulak hati aku ni bila dipikir-pikirkan. serabut pun ada..

bosan memang bosan..mana taknya..hari-hari aku makan, tengok tv, pastu on9 sampai lebam and then tidor pulak sampai ke tengah hari...aduh~teruknya perangai aku ni..macam mana nak kahwin nanti?kikikiki (mood gatal) kahwin la sangat kan.. entah sape la yang nak meminang aku kalau begini gayenye kan?. mengeluh lagi...

besfriend aku pun dah dapat kerja..alang dah dapat kerja...congrats alang...^_~ i'm happy for you..fighting alang!! do the best be the best! orang lain yang dapat kerja aku yang happy..haha~walaupun aku masih menjadi penganggur kan..hehe..lepas ni boleh la alang aku..bwahahahaha..(ketawa jahat). whatever it is..good luck alang..i will always pray for you..i miss u actually... although i'm not really speak up about it..but..yeah..the truth is i am..i miss u so much alang...6 years we known each other..we should proud of it.

what should i do now? i can only try and pray for the best in my future. i believe that one day i will get what i want. i will reach my dream above the sky. InsyaAllah...just keep move on..






January 13, 2013

PERSOALAN

Posted by miz knowme at Sunday, January 13, 2013 0 comments

kemana harus ku tuju?
kemana harus ku melangkah?
apakah jalan terbaik yang mesti aku pilih?
dan apakah jika aku memilih jalan itu..
akan memberikan jawapan kepada setiap persoalan?
aku buntu..tapi aku nampak...
aku nampak peluang itu di depan mata..
aku harus bijak menilai...
yes..aku harus bijak..
mesti bijak...


December 19, 2012

KENANGAN LALU...

Posted by miz knowme at Wednesday, December 19, 2012 0 comments


hujan yang turun bagaikan mutiara...mutiara ke?hehe...hujung tahun memang musim hujan...dari pagi bawak ke petang...bawak pulak ke malam...hujan memanjang...ermmm..aku pulak masih macam ni...duduk lagi kat rumah kakak aku ni...hehe..pada mulanya malas nak follow dia balik tapi bila fikir balik aku nak beli printer and then nak format laptop...terpaksa la aku ikut balik...hehehe...

hurmmm...aku masih lagi searching for the job...huhuhu..letih fikir..mana lagi nak hantar resume aku yang tak seberapa ni...nak demand2 lebih-lebih memang tak berani la kan...sebab experience memang tak ada...fuhhh~ jenuh jugak kan...bila dah habis belajar ni...


belajar? sebut pasal belajar pulak. betul-betul buat aku sedih...tapi kenapa pulak aku nak sedih kan?..betul la orang kata bila kita tengah belajar kita takkan rasa...tapi once bila kita dah habis belajar...barulah kita akan rasa..betapa sedihnya bila teringat kenangan lalu...kenangan belajar...kenagan dengan kawan-kawan..kenangan dalam kelas, kenangan bila wat kerja nakal dengan kawan-kawan..hahaha..nakal tuuu...hehehe...sampai kena sound dengan pensyarah..hahaha,,betul-betul kenangan..hmmm...masa memang pantas berlalu...aku rindu dengan semua kawan-kawan belajar aku...tak kisah lah...yang buruk ke yang baik...semuanya tetap kawan aku...lebih-lebih lagi aku rindu dengan superb BFF aku...kak lang...aku rindu padamu...hahaha...hanya kamooo yang amat memahami aku kaklang..hanya kamoo yang boleh tangkap kod lawak aku ni...hehe...bila aku berlakon...hanya kamoo yang boleh buat jalan cerita seterusnya...hanya kamoo alang...kalau lah kamoo dengar alang...rindunya kan...saat itu sungguh-sungguh bermakna alang...dan untuk teman-teman yang lain jugak...

                       

November 6, 2012

kerja oh kerja

Posted by miz knowme at Tuesday, November 06, 2012 0 comments
mata tak mengantuk lagi..otak asyik berfikir, bila nak dapat kerja ni? aku stress betul bila tengok member-member aku semua dah bekerja..agak-agak kerja apalah yang aku dapat nanti yek..sebenarnya aku tak kisah sangat dapa kerja apa buat masa sekarang ni..sebabnya, aku taw yang pengalaman sangat penting untuk mencari pekerjaan sekarang ni. so, kalau boleh aku nak je kerja apa-apa dulu untuk dapatkan pengalaman..nak demand lebih-lebih sekarang ni pun aku tak berani. sebabnya pasal pengalaman la..aku tak ada pengalaman...

so, kalau boleh aku nak je kerja apa-apa je dulu..tapi yang halal la.. as long as aku boleh gain experince and then boleh dapat pocket money..then boleh make saome saving utk aku beli kereta dan nak tolong mak dengan abah..tu memang priority aku sekarang ni...nak kerja kat bandar ke.. kat kampung ke..yang penting sekarang ni aku nak sangat beli kereta. walaupun dah 3 tahun tak bawak kereta kan..apa yang penting sekarang ni..aku nak ada kereta..bila dah ada kenderaan sendiri nanti senanglah nak pegi kerja kat mana-mana..sekarang ni yang buat aku terbatas pasal kenderaan la..

Ya Allah, semoga hamba-Mu ini dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya agar dapat membina kerja dan mencapai impian dan cita-cita yang aku idam-idamkan selama ini.. Amin...yang penting aku tak boleh berputus asa...InsyaAllah pasti ada jalannya nanti..


October 22, 2012

LUAHAN HATI..

Posted by miz knowme at Monday, October 22, 2012 0 comments
sebenarnya aku sedih sangat..entahlah. aku tak taw apa yang buat aku rasa macam ni. kenapa ye? aku rasa sunyi..kenangan demi kenagan masuk dalam kotak ingatan aku ni. kadang-kadang aku rasa serabut sangat. aku rasa semua benda tu menyemak je. tapi kenapa setiap kali aku nak lupa.tiap kali tu jugak aku tak boleh nak lari daripada memori tu. kesilapan? oh..no..no..aku tak suka jawapan "kesilapan" tu..bagi aku, cukuplah..cukuplah semua itu berakhir..aku tak mahu ianya berulang..dan tak mungkin akan berulang..kenapa aku begitu keras kepala sekali kali ni? selalunya, hati aku yang macam batu ni boleh cair..secair air batu...mungkin jugak aku dah dapat kekuatan untuk memulakan episod baru dalam hidup aku...huh..entahlah...penat kan, kalau selalu nak bercerita pasal hati dan perasan ni..sebabnya, ianya takkan pernah habis...akan ada je cerita-cerita yang aku tak puas hati...

bila nak buat tak taw je pun tak boleh jugak..yelah umur dah 24..tahun depan dah 25 tahun dah aku..gulpp..25? o.k satu angka yang aku rasa macam dah tua..memang dah tua..oh tidak...aku semakin takut menghadapi hari yang mendatang..macam mana dengan masa depan aku? pekerjaan aku? aset? satu pun tak ada lagi...macam mana nak berbakti dengan mak dengan abah? berumah tangga? tapi siapa calonnya? arghhhhh!!!! semua tu bermain dalam fikiran aku yang hampir lemas ni..lemas dengan persoalan yang sarat ni...jeleznya bila tengok FB member-member lama..semua dah berkeluarga..dah ada anak-anak...oh my God...aku macam mana pulak? mana nak cari bakal suami ni? adoiiiii...satu hal lagi...

bila sebut pasal bakal suami ni...aku jadi degup-degup jantung...yelah...aku terpikir jugak kan...siapalah yang jadi suami aku nanti kan...? handsome ke tak? baik ke tak? boleh terima ke segala kelemahan aku ni? bekerjayakah dia? asal manakah? agak-agak...made in korea dapat tak?...ahahahhaha...berangan menggunung everest pulak kan..<padahal tengah serabut-serabut ni>..tapi semua persoalan tu kalau lah aku dapat jawapan kan...tapi walau apa pun...aku berharap sangat-sangat..semoga dikurniakan seorang suami yang baik akhlaknya..yang boleh membimbing aku dan anak-anak ke jalan yang benar...dan tidak bersikap panas baran...yang paling penting semoga aku dikurniakan seorang bakal suami yang pandai menghormati orang lain...Amin...sesungguhnya hanya tuhan yang tahu segala apa yang direncanakan-Nya...sesungguhnya aku hanya berserah kepada-Mu ya Tuhan...
 

DEAR KNOWME... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea