pejam celik...pejam celik...aku dah pun berada di akhir semester pengajian. pantas sungguh masa berlalu sampai aku tak menyangka yang aku akan mengakhiri zaman pembelajaran aku. 3 tahun bukn waktu yang singkat. dalam masa 3 tahun ni jugak, macam-macam pengalaman dan macam-macam perkara dah berlaku dalam hidup aku. sungguh apa yang berlaku sebenarnya di luar dugaan kita. akal fikiran kita sendiri pun tak mampu membayangkan apa yang bakal berlaku kelak..
contohnya, macam hidup aku sekarang..aku tak sangka yang aku akan sambung ijazah dengan kawan-kawan lama aku. dan aku tak sangka dari awal proses pendaftaran dulu dah berlaku macam-macam dugaan. sampaikan aku rasa macam ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku..yelah..nak dafar pun susah..aku rasa macam loose hope je time tu.. rasa macam tindakan aku ni salah je...tapi aku & kawan-kawan lain teruskan jugak, demi mendapatkan segulung ijazah...
kini impian kami semakin hampir...cuma ada beberapa langkah je lagi untuk kami teruskan..walau pada hakikatnya di penghujung semester ini banyak dugaan berlaku..tapi jauh di lubuk hati aku ni...aku amat-amat berharap semoga aku dikurniakan dengan kelulusan dan kecemerlangan. dan aku amat berharap sangat dapat kekalkan pointer 3.0 ak ni...takutnye...ak tak nak jatuh...aku nak jugak kekalkan...tolonglah hamba-Mu ini ya Allah....Amin...
begitu juga dengan kawan-kawan aku yang lain...doaku sentiasa mengiringi kalian...semoga kita semua berjaya mengejar cita-cita yang kita impikan..mohon kepada Tuhan yang Esa..semoga dipermudahkan urusan pembelajaran dan pekerjaan kita kelak...sayu hati ini sebenarnya, bila mengenangkan pembelajaran kita akan berakhir..banyak suka duka pahit manis...kita kongsi bersama..
pantasnya masa berlalu kan? kawan-kawan ku sekalian...ingatlah persahabatan ini tidak akan berakhir sampai disini sahaja..kenangan bersama kalian tak kan pernah aku lupakan..hargailah sisa-sisa masa yang ada ni..kerana akan datang hari inilah yang bakal kita rindu-rindukan...